SEJARAH KAMPUNG
Jalan
Tekukur
iaitu sekitar
tahun 1940-an hingga tahun 1980-an dahulunya dikenali sebagai Lorong Mok Per, sempena nama seorang
nenek yang amat disegani dan dihormati ketika itu iaitu Cheper binti Sulaiman.
Beliau sejak dari muda belia adalah seorang penjual pelbagai jenis bubur
seperti bubur chaca, bubur pulut hitam dan bubur kacang serta pelbagai jenis
kuih muih. Beliau juga turut menjual nasi dagang dan nasi kunyit. Kedai Mok Per
ini terletak di simpang jalan di pintu masuk utama ke Jalan Tekukur. Selain itu
Mok Per juga pandai menganyam tikar mengkuang. Suami kepada Cheper iaitu Omar
bin Abdul Rahman juga merupakan seorang yang pakar membuat wau tradisional dan
sangkar burung tekukur yang cukup terkenal sekitar tahun 1940-an. Pak Omar ini
juga merupakan seorang guru silat yang cukup tersohor ketika itu.
Mok Per meninggal dunia pada tahun
1980 iaitu dua tahun selepas suaminya meninggal dunia. Selepas Mok Per
meninggal dunia, Lorong Mok Per telah ditukar nama dengan rasminya kepada Jalan
Tekukur. Ini kerana di kawasan ini merupakan habitat semulajadi burung tekukur.
Keluasan kampung asal Mok Per bermula dari pintu masuk Jalan Tekukur sehingga
ke bangunan surau yang ada sekarang. Kawasan taman-taman perumahan yang ada
sekarang ini, dahulunya adalah kawasan paya yang luas yang dikenali sebagai
paya berenjut. Habitat burung tekukur adalah sekitar jalan, kawasan paya,
kawasan padang dan kawasan hutan belukar. Tambahan pula, terdapat ramai
penduduk di sini pada masa itu yang gemar memelihara burung tekukur kerana kemerduan
suaranya. Maka sehingga ke hari ini kekal sebagai Jalan
Tekukur.
Warisan Mok Per dan suaminya masih
wujud hingga ke hari ini di kawasan JKKK Jalan Tekukur iaitu di mana ramai
penduduknya terlibat dalam pembuatan kuih-muih, masakan pelbagai jenis nasi dan
kraftangan wau yang terkenal hingga ke peringkat antarabangsa serta seni bela
diri iaitu seni silat.
Sumber rujukan Sejarah :
AHMAD RAZILA BIN JAAFAR, Cucu kepada MOK PER.
*Burung Tekukur (Bahasa Inggeris: Spotted Dove )
ialah sejenis burung merpati yang tergolong dalam famili Columbidae.
Nama saintifiknya Streptopelia chinensis.
LOKASI KAMPUNG
Jalan Tekukur berada di dalam Daerah
Kuala Terengganu. Ia terletak di bawah Pentadbiran Mukim Bandar, dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Ladang, dan dalam Parlimen Kuala Terengganu. Jaraknya
hanya 2 KM sahaja dari pusat bandar. Kedudukannya amat strategik dan
dikelilingi oleh segala kemudahan awam yang ada di Bandaraya Kuala Terengganu
seperti Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Bangunan-Bangunan Pejabat Kerajaan
dan Swasta, Kolej-Kolej, Ibu Pejabat Polis, Kem Askar, Hospital, Klinik-Klinik
Swasta dan Bangunan-Bangunan Premis Perniagaan (Kedai-Kedai Runcit dan
Gerai-Gerai).
Kedudukan Jalan Tekukur adalah
istimewa kerana ianya terletak bersebelahan dengan Jalan Pusara di mana di situ
terdapat tanah perkuburan orang Islam, perkuburan orang Kristian, perkuburan
orang Hindu, perkuburan orang Jepun, perkuburan orang Vietnam dan yang terbesar
adalah Jirat Cina.
Jalan
Tekukur ini dikenali sebagai “KAMPUNG DALAM BANDAR”
PETA KEDUDUKAN JALAN TEKUKUR
PELAN LOKASI JALAN TEKUKUR
LOGO JALAN TEKUKUR
TANDA
LOGO
|
KETERANGAN
|
Bendera Terengganu
|
Berada di bawah pentadbiran Negeri
Terengganu
|
Rumah warna-warni
|
Mewakili taman-taman yang ada di
sekitar Jalan Tekukur
|
Pokok Kelapa
|
Menunjukkan tanah yang subur dan
lambang kampung dalam bandar
|
Burung-burung
|
Melambangkan asal usul tempat ini
yang merupakan habitat burung tekukur
|
Tanah Hijau
|
Menunjukkan penduduk Jalan Tekukur
masih mengekalkan bumi hijau, dengan suasana yang nyaman dipenuhi pokok-pokok
disekeliling
|
Satu Malaysia
|
Melambangkan perpaduan sesama
penduduk dalam satu komuniti yang bermuafakat
|
Imej Orang
|
Hidup bermasyarakat dan kekeluargaan
|
Perkataan Jalan Tekukur
|
Aspirasi kepimpinan kampung dan
sejarahnya
|
Langit Biru
|
Sentiasa memandang ke hadapan dalam
arus pembangunan yang lebih pesat untuk kemajuan kampung
|
No comments:
Post a Comment