Tuesday, March 18, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN HALAMAN RUMAH JKKK JALAN TEKUKUR

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Halaman Rumah JKKK Jalan Tekukur Tahun 2014. Majlis ini telah dihadiri oleh Penghulu Kanan PDKtrg dan penghulu-penghulu mukim yang telah menjadi panel hakim dalam pertandingan ini. Sebanyak 30 buah rumah telah menyertai pertandingan ini. Bagi pihak JKKK kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberi kerjasama dan komitmen menjayakan program ini, diucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan TAHNIAH kepada JOHAN pertandingan EN WAN SUPIAN WAN ISHAK diatas kemenangan yang diraih dan rumah beliau akan dijadikan rumah contoh untuk tahun2014.






PROGRAM KELAB COMBI JALAN TEKUKUR 14/03/2014

Satu program senam senia telah diadakan di dewan serbaguna jkkk jalan tekukur. Seramai 30 orang peserta selaku promoter COMBI telah bersama-sama melakukan senam seni bersama Instructor Rizal.Selepas itu mereka melakukan pergerakan seribu langkah berjalan kaki keliling taman dan ke pusat aktiviti di Taman Rekreasi & Kecergasan.











TAKLIMAT COMBI CARA HIDUP SIHAT JKKK JALAN TEKUKUR

Alhamdulillah hari ini selesai satu taklimat dibwh program COMBI Cara Hidup Sihat JKKK JALAN TEKUKUR anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Terima kasih diucapkn kepada semua peserta yang hadir, pegawai2 kesihatan PKD dan panel2 yang memberi taklimat yang cukup menarik..Semoga peserta yang terlibat dalam program ini dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi.







MALAM CINTA RASUL "TEKUKUR BERSELAWAT"

Komuniti 1 Malaysia Jalan Tekukur & JKKK Jalan Tekukur telah mengadakan Program Malam Cinta Rasul " Tekukur Berselawat" pada 12022014 di perkarangan Dewan Serbaguna JKKK Jalan Tekukur. Pihak JKKK telah menjemput Al Fadhil Ustaz Mustapha Kamal Hamzah, panel Halaqah / TV9 dan pelajar Madrasah Al Hidayah untuk menjayakan program ini dengan lantunan zikir hadad , selawat, qasidah dan tazkirah. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang cukup baik dari penduduk kampung.Terima kasih kepada semua yang hadir dan agensi yang terlibat dalam program ini.









GOTONG ROYONG PERDANA JKKK JALAN TEKUKUR 08/02/2014

Gotong Royong ini dianjurkan oleh JKKK Jalan Tekukur dengan kerjasama MBKT, Jabatan Bomba&Penyelamat, Jabatan Kesihatan, JPAM, KRT Jalan Sultan Omar & Sri Ladang,pelajar Kolej PTPL. Gotong royong ini diadakan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes dan membersihkan kawasan seluruh kampung dan taman-taman bagi persediaan Pertandingan Kebersihan & Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu tahun 2013/2014












Saturday, March 15, 2014

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN HALAMAN RUMAH TAHUN 2013 BERSAMA PANEL HAKIM DARI PDKT 

Idea pertandingan ini dicetuskan oleh Kepimpinan JKKK Jalan Tekukur sebagai satu inisiatif untuk memastikan penduduk mengindahkan lagi halaman rumah dengan pelbagai lanskap yang menarik ditambah pula dengan tanaman pokok-pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Melalui program sebegini JKKK dapat memastikan kebersihan, keceriaan & keindahan kampung menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kampug kita bersih, ceria dan indah. Sebanyak 30 buah rumah menyertai pertandingan ini meliputi seluruh taman yang ada di kawasan JKKK Jalan Tekukur.Pada 10 Januari 2014, sessi penilaian telah dibuat dan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada penghulu-penghulu mukim dari Pejabat daerah Kuala Terengganu.Sungguh menarik, kerana pihak jawatankuasa JKKK selaku urusetia bersama panel hakim membuat penilaian secara rondaan bermotosikal dari rumah ke rumah. Sepanjang sessi penilaian, pelbagai lanskap yang cantik dan menarik ditambah keceriaannya lagi dengan tanaman pokok-pokok buah beriklim sejuk seperti anggur, markisa dan blueberry....TAHNIAH diucapkan kepada semua penduduk yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.


Lanskap di rumah Pn Wan Zakiah, Taman Sri Intan







Panel hakim sedang fokus memberikan markah....





Pokok buah delima yang hidup subur.....

Pokok buah Blueberry yang ditanam oleh penduduk

Pokok buah anggur yang berbuah lebat walaupun bukan ditanam ditempat yang iklim sejuk


2 ekor ayam serama yang cukup cantik....


Lanskap reflekseologi yang dibina sendiri oleh penduduk




Lanskap dan rekabentuk rumah ini cukup unik