PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN HALAMAN RUMAH TAHUN 2013 BERSAMA PANEL HAKIM DARI PDKT
Idea pertandingan ini dicetuskan oleh Kepimpinan JKKK Jalan Tekukur sebagai satu inisiatif untuk memastikan penduduk mengindahkan lagi halaman rumah dengan pelbagai lanskap yang menarik ditambah pula dengan tanaman pokok-pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Melalui program sebegini JKKK dapat memastikan kebersihan, keceriaan & keindahan kampung menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kampug kita bersih, ceria dan indah. Sebanyak 30 buah rumah menyertai pertandingan ini meliputi seluruh taman yang ada di kawasan JKKK Jalan Tekukur.Pada 10 Januari 2014, sessi penilaian telah dibuat dan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada penghulu-penghulu mukim dari Pejabat daerah Kuala Terengganu.Sungguh menarik, kerana pihak jawatankuasa JKKK selaku urusetia bersama panel hakim membuat penilaian secara rondaan bermotosikal dari rumah ke rumah. Sepanjang sessi penilaian, pelbagai lanskap yang cantik dan menarik ditambah keceriaannya lagi dengan tanaman pokok-pokok buah beriklim sejuk seperti anggur, markisa dan blueberry....TAHNIAH diucapkan kepada semua penduduk yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
 |
Lanskap di rumah Pn Wan Zakiah, Taman Sri Intan |
 |
Panel hakim sedang fokus memberikan markah.... |
 |
Pokok buah delima yang hidup subur..... |
 |
Pokok buah Blueberry yang ditanam oleh penduduk |
 |
Pokok buah anggur yang berbuah lebat walaupun bukan ditanam ditempat yang iklim sejuk |
 |
2 ekor ayam serama yang cukup cantik.... |
 |
Lanskap reflekseologi yang dibina sendiri oleh penduduk |
 |
Lanskap dan rekabentuk rumah ini cukup unik |
No comments:
Post a Comment